Wednesday, June 26, 2013

Prosedur Permohonan Kahwin Lelaki dan Perempuan


Assalamualaikum kepada yang membaca.. jawab, jangan tak jawab! hehe... Tajuk entry kali ni penting okay.. kena tau betul-betul and kalau boleh jangan tersilap la..k? PROSEDUR PERMOHONAN KAHWIN ataupun proses permohonan nikah.. dah bertunang? dah lulus kursus kahwin? dapat sijil? tunggu apa lagi..? pi la mintak borang nikah tuh..hahaha

TAPI macam biasa la..yang saya tau hanyalah di PULAU PINANG sahaja...di tempat lain tak tau la macam mana..ala. sekarang kan dah maju. search internet je la..huhu. Tapi maybe ada keberangkalian certain2 part tu sama macam yang ada kat Pulau Pinang.Okay?  Dah, nak start dah ni..merepek ja banyak.adoyai..

Di Pulau Pinang, proses perkahwinan bagi orang Islam adalah di bawah tanggungjawab dan penguasaan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Bagi urusan permohonan perkahwinan anda boleh berurusan terus dengan Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.
Terdapat beberapa PERATURAN AM yang perlu diikuti :- 
  1.  Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau  selewat-lewatnya 7  hari sebelum tarikh akad nikah. 
  2. Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu  menghadiri kursus praperkahwinan sekali lagi.
  5. Bayaran bagi satu Majlis Akad Nikah ialah RM120.00 yang perlu dibayar kepada Penolong Pendaftar Nikah (Juru Nikah) selepas Akad Nikah berlangsung.
  6. Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online melalui http://emunakahat.penang.gov.my.  

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki)

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang (Lelaki)
credit to http://www.ammaridris.com

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Perempuan)

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang (Perempuan)
credit to http://www.ammaridris.com

Boleh faham tak?? hehe..kalau nak yang lebih lanjut, boleh dapatkan di sini
Ataupun boleh ja kalau nak pergi ke Pejabat Agama Daerah masing2 untuk mendapatkan lagi banyak info..kalau rajin la..hehe. Okay, sekian saja untuk entry kali ni.

The next entry will be Soalan-soalan Temuduga Perkahwinan .. bagi saya penting sebab automatically orang yang nak menghadapi temuduga ni pada keesokan harinya or next week akan rasa sangat nervous..dok fikir apa yang akan ditanya? betul ke ada soalan tu? soalan ni? banyak sangat pertanyaan dalam otak kan? sampai ada yang takut fail and then tak boleh kahwin la..hehe.. tu semua tak betul..In shaa Allah ada jalannya.. 

Apa2 pun tunggu la ye for the next entry..bye! :)



credits to : http://www.ammaridris.com
                 :  http://jaipp.penang.gov.my

1 comment: