Berdasarkan tajuk di atas, saya ingin
Pertunangan saya adalah pertunangan yang ringkas saja, dan dirahsiakan. Alhamdulillah saya dapat mengikut sunnah Nabi SAW bahawasanya pertunangan itu adalah lebih baik dirahsiakan..
For my engagement, hantaran tak ade pun,di atas kehendak dan permintaan diri sendiri dan juga En. Tunang..hehe.. tak kisah sebenarnya sebab masa akad nikah pun akan dapat hantaran, so buat ape nak susah and menghabiskan duit..actually depends kat korang la, kalau nak pun tak ade salahnya.. :) Walaupun saya ni bertunang secara ringkas2 je, nak jugak la kan bagi tips or perkara yang penting utk diketahui masa bertunang nanti..khas utk kawan-kawanku yang bujang lagi yer..hikhik..mana nak tau tiba2 rasa nak bertunang, in shaa Allah boleh pakai tips-tips ni..haha "tips" la sangat..:p
SET DATE, MASA DAN LOKASI
Bagi yang nak bertunang tu mestilah sepakat dulu dengan ahli keluarga dan dan ahli keluarga tunang.. jangan sebelah pihak saja, boleh timbul kekeliruan and salah faham antara 2 belah pihak..jangan tau! baru ja nak jalinkan hubungan tiba2 kena reject dgn bakal mak mertua..habis!
Kalau boleh bincang sama-sama untuk setkan tarikh berlangsungnya pertunangan tersebut, masa dan tempat yang sesuai dan selesa. Macam saya dulu, kebetulan bulan Disember + birthday En.Tunang.. hehe..so, boleh buat masa tu..still cuti sekolah + ada yg dapat bonus akhir tahun :) Hari pertunangan saya bertarikh 15 Disember 2012, lepas waktu zohor dan buat di rumah saya je..haha..no kenduri! nama pun dirahsiakan..just buat makan-makan sikit utk ahli keluarga yang hadir.. apa-apa pun semuanya bergantung kepada orang yang nak bertunang..:)
Lokasi di rumah sendiri je..hehe |
PERBINCANGAN
Sebelum hari pertunangan, bincangkan dulu tentang jumlah wang hantaran, jumlah dulang hantaran, tarikh perkahwinan, tempoh ikatan pertunangan dan lain-lain lagi supaya hari tersebut berjalan dengan lancar. Antara yang harus/boleh dibincangkan sebelum pertunangan :
- Tema : Pilih tema yang sesuai untuk hari tersebut. Jangan terlalu over dengan warna yang tidak menarik dan terlalu menjolok mata.
- Makanan : Untuk tetamu yang akan datang ke majlis, mestilah dihidangkan dengan makanan. Takkan nak bagi air je..haha.. bagi yang bajet sederhana, mestilah akan masak sendiri. dan bagi yang mempunyai bajet lebih banyak, boleh menggunakan khidmat katering
- Photographer/video : Untuk dijadikan kenangan, boleh ja kalau nak upah seorang photographer, bagi yang mampu la. Macam saya dulu, suruh kakak-kakak je..hehe..pun boleh.
- Kos : kalau yang ada bajet lebih tu boleh la belanjakan utk cincin, makeup, baju, mini pelamin, hiasan bilik dan sbgnya.
Senaraikan barang hantaran yang nak dibeli dan berapa jumlah hantaran yang nak diberi/diterima..contohnya ~pihak lelaki : 5 , pihak perempuan : 7~ mengikut nombor ganjil (yg ni just adat je..nk bagi berapa pun boleh).
Nak buat sendiri or tempah? Ikut la kemahuan masing2..kalau rasa boleh buat sendiri, lebih baik..save bajet..hehe..nak tempah kat orang lain pun boleh..sama ada kepada yang professional ataupun kenalan rapat..senang nak dapat diskaun ;)
BAJU TUNANG
Nak yang eksklusif, boleh tempah dekat kedai2 pengantin or nak yang ringkas2, boleh pakai baju sendiri seperti baju kurung, jubah, kebaya or peplum dress..(trend sekarang..hehe). Kalau boleh baju tunang ni simple2 je la, jangan over sangat.. nak yang over tunggu masa majlis persandingan nanti..hehe..:p
CINCIN
Ada sesetengah orang just bagi cincin belah rotan je..tapi boleh jugak kalau nak selain daripada tu..kalau boleh yang simple2 je..
cincin yang dipakai smpai sekarang:) |
MINI PELAMIN
Memang trend sekarang ni, mesti ada ja yang nak buat mini pelamin..boleh je, tapi jangan grand sangat la. nanti nampak macam majlis kahwin la pulak. Buat biasa2 je, sebagai tempat untuk ambil gambar untuk di buat kenangan.
Gambar2 di hari pertunangan saya :-
Take a picture with En.Tunang's family :) |
Bosan menunggu la tu..hehe.. p/s: makanan ringkas je,bihun goreng :) |
The both of us, officially engaged! p/s: casual wearing and simple, makeup by my sister :) |
Itu saja lah yang termampu untuk di"share"kan di sini..eheh. Tak larat dah ni, rasa lapar pulak..hehe..thanks for reading! Bye! ;)
No comments:
Post a Comment