Masa nak daftar kursus ni, saya tak tunang lagi..hehe.. biasa la baru saje tamatkan pelajaran di Uitm.. tak de masa nak pegi, tak pe la yang penting pegi kursus dulu.. untuk di negeri Pulau Pinang ni, kursus berlangsung selama DUA hari, pagi sampai la petang..hmm.sesiapa yang nak daftar tu kena call dulu Pejabat Agama Daerah Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kursus ni..number telefon boleh dapatkan di website ini~
Okay2..ada beberapa TIPS yang boleh anda ikut, antaranya :-
- Pakai baju yang sopan dan menutup aurat..dah nama pun Pejabat Agama, kena la pakai yang menutup aurat k? :) PENTING tau..sebab takut tak dilayan..
- Jangan pergi masa waktu lunch/rehat, dah sah2 la diorang tak ada..haha..yang ada pun pak guard je la..boleh sembang dgn pak guard tu, mesra! huhu
- Bawak IC and jangan lupa bawak duit..haha..(masa dulu terlupa keluarkn duit dari bank, nasib baik si dia ada..huhu :p)
- Sebelum masuk pejabat tu, pak guard akan tanya tujuan kita datang pejabat.. kata je la nak daftar kursus kahwin, and then dia akan suruh tulis nama, no. IC, tarikh, masa and tandatangan. (rasanya la..dah lupa dah..hikhik)
- Lepas dah masuk, bagi tau dekat kaunter tu cakap nak daftar kursus kahwin, then dia bagi borang ( tak salah warna ungu ), korang isi la borang tu
- Last sekali, korang bayar RM 80 seorang..
Contoh slot2 yang akan dibincangkan dalam kursus ini :-
SABTU
7.30 – 7.45 pagi: Pendaftaran Peserta
7.45 – 8.00 pagi: Taklimat Kursus
8.00 – 9.00 pagi: Aqidah
·
Cara hidup Islam
·
Peranan Akidah dalam rumahtangga
·
Amalan untuk mengukuhkan Akidah
9.00 – 10.00 pagi: Ibadah
·
Peranan Ibadah
·
Pembahagian Hukum Syarak
·
Bersuci
·
Peranan Bersuci dan Solat dalam
rumahtangga
10.00 – 10.15 pagi: Rehat / Makan
10.15 – 11.15 pagi: Akhlak Islamiah
·
Akhlak Suami Isteri
11.15 pagi – 1.15 petang: Perkahwinan dan Prosedur
·
Tujuan perkahwinan
·
Persediaan sebelum berkahwin
·
Hikmah Perkahwinan
·
Hukum Nikah
·
Rukun Nikah
·
Tanggungjawab Suami Isteri
·
Prosedur Pra Perkahwinan
1.15 – 2.15 petang: Makan tengah hari / Solat Zohor berjemaah
2.15 – 3.15 petang: Hubungan dalam keluarga
·
Hubungan dalam perkahwinan
·
Cabaran pasangan yang baru berkahwin
·
Adab hubungan kelamin
3.15 – 4.15 petang: Pengurusan Kewangan dan Masa
·
Pengurusan kewangan
·
Perbelanjaan
·
Pengurusan masa
AHAD
8.20 – 8.30 pagi: Pendaftaran peserta / taklimat
8.30 – 9.30 pagi: Komunikasi Suami Isteri
·
Bentuk komunikasi suami isteri
·
Mawaddah dan Rahmah
·
Kepentingan berkomunikasi
·
Kawal kemarahan
·
Lakukan aktiviti bersama
9.30 – 10.30 pagi: Pengurusan Stress dan Konflik
·
Punca dan tanda-tanda tekanan
·
Pengurusan konflik
·
Bentuk Konflik
10.30 – 10.45 pagi: Rehat / Makan
10.45 pagi – 12.15 tengah hari: Pengurusan Kesihatan
·
Faktor yang mempengaruhi kesihatan
·
Piramid makanan
·
Perancangan keluarga
·
Persediaan Semasa dan Selepas Kehamilan
·
Pemeriksaaan Kesihatan Berkala
·
Kesihatan spiritual
12.15 tgh hari – 1.15 ptg: Perkhidmatan
Rundingcara di Jabatan Agama Islam
·
Maksud rundingcara
·
Individu yang memerlukan khidmat
rundingcara
·
Matlamat rundingcara
·
Kepentingan rundingcara
·
Tatacara mendapatkan perkhidmatan
rundingcara
·
Tanggungjawab klien
·
Keganasan rumahtangga
1.15 – 2.00 petang: Makan / Solat Zohor berjemaah
2.00 – 2.15 petang: Taklimat Penyampaian Sijil
2.15 – 3.15 petang: Pembubaran perkahwinan
·
Perkara yang menyebabkan pembubaran
perkahwinan
·
Hak dan kewajipan suami isteri setelah
berlaku penceraian
·
Pembubaran perkahwinan dan prosedur
penceraian
3.15 – 3.45 petang: Ujian Minda
·
Ada 30 soalan objektif.
· Tumpukan perhatian semasa dengar ceramah sebab soalan2 untuk ujian ni sepenuhnya berkaitan dengan kursus tersebut.
3.45 – 4.00 petang: Semakan Ujian Minda oleh
penganjur
Dan disertakan dengan sedikit gambar..hehe :)
receipt yg akan dapat masa daftar |
disertakan dengan bukti penyertaan ni..SIMPAN tau! |
Sijil Kursus PraPerkahwinan kami...hehe :) |
No comments:
Post a Comment