Wednesday, June 26, 2013

Prosedur Permohonan Kahwin Lelaki dan Perempuan


Assalamualaikum kepada yang membaca.. jawab, jangan tak jawab! hehe... Tajuk entry kali ni penting okay.. kena tau betul-betul and kalau boleh jangan tersilap la..k? PROSEDUR PERMOHONAN KAHWIN ataupun proses permohonan nikah.. dah bertunang? dah lulus kursus kahwin? dapat sijil? tunggu apa lagi..? pi la mintak borang nikah tuh..hahaha

TAPI macam biasa la..yang saya tau hanyalah di PULAU PINANG sahaja...di tempat lain tak tau la macam mana..ala. sekarang kan dah maju. search internet je la..huhu. Tapi maybe ada keberangkalian certain2 part tu sama macam yang ada kat Pulau Pinang.Okay?  Dah, nak start dah ni..merepek ja banyak.adoyai..

Di Pulau Pinang, proses perkahwinan bagi orang Islam adalah di bawah tanggungjawab dan penguasaan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). Bagi urusan permohonan perkahwinan anda boleh berurusan terus dengan Pejabat Agama Daerah yang berdekatan.
Terdapat beberapa PERATURAN AM yang perlu diikuti :- 
  1.  Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau  selewat-lewatnya 7  hari sebelum tarikh akad nikah. 
  2. Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu  menghadiri kursus praperkahwinan sekali lagi.
  5. Bayaran bagi satu Majlis Akad Nikah ialah RM120.00 yang perlu dibayar kepada Penolong Pendaftar Nikah (Juru Nikah) selepas Akad Nikah berlangsung.
  6. Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online melalui http://emunakahat.penang.gov.my.  

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki)

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang (Lelaki)
credit to http://www.ammaridris.com

Prosedur Permohonan Kebenaran Berkahwin (Perempuan)

Prosedur Perkahwinan di Pulau Pinang (Perempuan)
credit to http://www.ammaridris.com

Boleh faham tak?? hehe..kalau nak yang lebih lanjut, boleh dapatkan di sini
Ataupun boleh ja kalau nak pergi ke Pejabat Agama Daerah masing2 untuk mendapatkan lagi banyak info..kalau rajin la..hehe. Okay, sekian saja untuk entry kali ni.

The next entry will be Soalan-soalan Temuduga Perkahwinan .. bagi saya penting sebab automatically orang yang nak menghadapi temuduga ni pada keesokan harinya or next week akan rasa sangat nervous..dok fikir apa yang akan ditanya? betul ke ada soalan tu? soalan ni? banyak sangat pertanyaan dalam otak kan? sampai ada yang takut fail and then tak boleh kahwin la..hehe.. tu semua tak betul..In shaa Allah ada jalannya.. 

Apa2 pun tunggu la ye for the next entry..bye! :)



credits to : http://www.ammaridris.com
                 :  http://jaipp.penang.gov.my

Thursday, June 20, 2013

AlKisah di Hari Pertunangan ~~

Assalamualaikum..dah mkn?sihat semua? :) Alhamdulillah, saya diberi peluang lagi utk bernafas di atas muka bumi ni, dan juga utk meng 'update' blog yang tak seberapa ni..okay, banyak sangat "ni" di belakang ayat, dah boleh buat pantun 2 kerat..hahaha..dah jadi 4 kerat dah tu.. :p

Berdasarkan tajuk di atas, saya ingin cerita story-mory sikit alkisahnya yang terjadi di hari pertunangan saya.. tak de la interesting pun, just wanna share a few things for those who need it..in shaa Allah. 

Pertunangan saya adalah pertunangan yang ringkas saja, dan dirahsiakan. Alhamdulillah saya dapat mengikut sunnah Nabi SAW bahawasanya pertunangan itu adalah lebih baik dirahsiakan..


For my engagement, hantaran tak ade pun,di atas kehendak dan permintaan diri sendiri dan juga En. Tunang..hehe.. tak kisah sebenarnya sebab masa akad nikah pun akan dapat hantaran, so buat ape nak susah and menghabiskan duit..actually depends kat korang la, kalau nak pun tak ade salahnya.. :) Walaupun saya ni bertunang secara ringkas2 je, nak jugak la kan bagi tips or perkara yang penting utk diketahui masa bertunang nanti..khas utk kawan-kawanku yang bujang lagi yer..hikhik..mana nak tau tiba2 rasa nak bertunang, in shaa Allah boleh pakai tips-tips ni..haha "tips" la sangat..:p

SET DATE, MASA DAN LOKASI
Bagi yang nak bertunang tu mestilah sepakat dulu dengan ahli keluarga dan dan ahli keluarga tunang.. jangan sebelah pihak saja, boleh timbul kekeliruan and salah faham antara 2 belah pihak..jangan tau! baru ja nak jalinkan hubungan tiba2 kena reject dgn bakal mak mertua..habis! 

Kalau boleh bincang sama-sama untuk setkan tarikh berlangsungnya pertunangan tersebut, masa dan tempat yang sesuai dan selesa. Macam saya dulu, kebetulan bulan Disember + birthday En.Tunang.. hehe..so, boleh buat masa tu..still cuti sekolah + ada yg dapat bonus akhir tahun :)  Hari pertunangan saya bertarikh 15 Disember 2012, lepas waktu zohor dan buat di rumah saya je..haha..no kenduri! nama pun dirahsiakan..just buat makan-makan sikit utk ahli keluarga yang hadir.. apa-apa pun semuanya bergantung kepada orang yang nak bertunang..:)

Lokasi di rumah sendiri je..hehe

PERBINCANGAN 
Sebelum hari pertunangan, bincangkan dulu tentang jumlah wang hantaran, jumlah dulang hantaran, tarikh perkahwinan, tempoh ikatan pertunangan dan lain-lain lagi supaya hari tersebut berjalan dengan lancar. Antara yang harus/boleh dibincangkan sebelum pertunangan :

  1. Tema : Pilih tema yang sesuai untuk hari tersebut. Jangan terlalu over dengan warna yang tidak menarik dan terlalu menjolok mata.
  2. Makanan : Untuk tetamu yang akan datang ke majlis, mestilah dihidangkan dengan makanan. Takkan nak bagi air je..haha.. bagi yang bajet sederhana, mestilah akan masak sendiri. dan bagi yang mempunyai bajet lebih banyak, boleh menggunakan khidmat katering
  3. Photographer/video : Untuk dijadikan kenangan, boleh ja kalau nak upah seorang photographer, bagi yang mampu la. Macam saya dulu, suruh kakak-kakak je..hehe..pun boleh.
  4. Kos : kalau yang ada bajet lebih tu boleh la belanjakan utk cincin, makeup, baju, mini pelamin, hiasan bilik dan sbgnya.   
HANTARAN
Senaraikan barang hantaran yang nak dibeli dan berapa jumlah hantaran yang nak diberi/diterima..contohnya ~pihak lelaki : 5 , pihak perempuan : 7~ mengikut nombor ganjil (yg ni just adat je..nk bagi berapa pun boleh).

Nak buat sendiri or tempah? Ikut la kemahuan masing2..kalau rasa boleh buat sendiri, lebih baik..save bajet..hehe..nak tempah kat orang lain pun boleh..sama ada kepada yang professional ataupun kenalan rapat..senang nak dapat diskaun ;)

BAJU TUNANG
Nak yang eksklusif, boleh tempah dekat kedai2 pengantin or nak yang ringkas2, boleh pakai baju sendiri seperti baju kurung, jubah, kebaya or peplum dress..(trend sekarang..hehe). Kalau boleh baju tunang ni simple2 je la, jangan over sangat.. nak yang over tunggu masa majlis persandingan nanti..hehe..:p

CINCIN
Ada sesetengah orang just bagi cincin belah rotan je..tapi boleh jugak kalau nak selain daripada tu..kalau boleh yang simple2 je..
 
cincin yang dipakai smpai sekarang:)



MINI PELAMIN
Memang trend sekarang ni, mesti ada ja yang nak buat mini pelamin..boleh je, tapi jangan grand sangat la. nanti nampak macam majlis kahwin la pulak. Buat biasa2 je, sebagai tempat untuk ambil gambar untuk di buat kenangan.


Gambar2 di hari pertunangan saya :-

Take a picture with En.Tunang's family :)

Bosan menunggu la tu..hehe.. p/s: makanan ringkas je,bihun goreng :)

The both of us, officially engaged! p/s: casual wearing and simple, makeup by my sister :)
 

Itu saja lah yang termampu untuk di"share"kan di sini..eheh. Tak larat dah ni, rasa lapar pulak..hehe..thanks for reading! Bye! ;) 

      
 

 

Wednesday, June 12, 2013

Kursus Pra Perkahwinan Islam ~~

Assalamualaaikum..and hai y'alls! haa..bersemangat tak??haha..hari ni saja je nak cerita sikit pasal kursus kahwin ataupun dipanggil Kursus Pra Perkahwinan Islam (panjang gitu...:p) tapi..saya tau proses di negeri Pulau Pinang je, negeri2 lain tak tau..huhu..tak pe la, harap2 dapat jugak memberi manfaat kepada yang memerlukannya..

Masa nak daftar kursus ni, saya tak tunang lagi..hehe.. biasa la baru saje tamatkan pelajaran di Uitm.. tak de masa nak pegi, tak pe la yang penting pegi kursus dulu.. untuk di negeri Pulau Pinang ni, kursus berlangsung selama DUA hari, pagi sampai la petang..hmm.sesiapa yang nak daftar tu kena call dulu Pejabat Agama Daerah Pulau Pinang untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kursus ni..number telefon boleh dapatkan di website ini~
 

Okay2..ada beberapa TIPS yang boleh anda ikut, antaranya :-
  1. Pakai baju yang sopan dan menutup aurat..dah nama pun Pejabat Agama, kena la pakai yang menutup aurat k? :) PENTING tau..sebab takut tak dilayan..
  2. Jangan pergi masa waktu lunch/rehat, dah sah2 la diorang tak ada..haha..yang ada pun pak guard je la..boleh sembang dgn pak guard tu, mesra! huhu
  3. Bawak IC and jangan lupa bawak duit..haha..(masa dulu terlupa keluarkn duit dari bank, nasib baik si dia ada..huhu :p) 
  4. Sebelum masuk pejabat tu, pak guard akan tanya tujuan kita datang pejabat.. kata je la nak daftar kursus kahwin, and then dia akan suruh tulis nama, no. IC, tarikh, masa and tandatangan. (rasanya la..dah lupa dah..hikhik)
  5. Lepas dah masuk, bagi tau dekat kaunter tu cakap nak daftar kursus kahwin, then dia bagi borang ( tak salah warna ungu ), korang isi la borang tu
  6.  Last sekali, korang bayar RM 80 seorang..
tanya je apa yang nak ditanya..jangan malu or segan, staf2 dekat sana semuanya okay..termasuk dengan pak guard yang menjaga sekali..(setakat ni la..hehe). Jangan lupa tanya macam2 tau.."malu bertanya, sesat jalan" haha..siap bagi pepatah lagi..:)

Contoh slot2 yang akan dibincangkan dalam kursus ini :-

SABTU 

7.30 – 7.45 pagi: Pendaftaran Peserta

7.45 – 8.00 pagi: Taklimat Kursus

8.00 – 9.00 pagi: Aqidah
·         Cara hidup Islam
·         Peranan Akidah dalam rumahtangga
·         Amalan untuk mengukuhkan Akidah

9.00 – 10.00 pagi: Ibadah
·         Peranan Ibadah
·         Pembahagian Hukum Syarak
·         Bersuci
·         Peranan Bersuci dan Solat dalam rumahtangga

10.00 – 10.15 pagi: Rehat / Makan

10.15 – 11.15 pagi: Akhlak Islamiah
·         Akhlak Suami Isteri

11.15 pagi – 1.15 petang: Perkahwinan dan Prosedur
·         Tujuan perkahwinan
·         Persediaan sebelum berkahwin
·         Hikmah Perkahwinan
·         Hukum Nikah
·         Rukun Nikah
·         Tanggungjawab Suami Isteri
·         Prosedur Pra Perkahwinan

1.15 – 2.15 petang: Makan tengah hari / Solat Zohor berjemaah

2.15 – 3.15 petang: Hubungan dalam keluarga
·         Hubungan dalam perkahwinan
·         Cabaran pasangan yang baru berkahwin
·         Adab hubungan kelamin

3.15 – 4.15 petang: Pengurusan Kewangan dan Masa
·         Pengurusan kewangan
·         Perbelanjaan
·         Pengurusan masa

AHAD 

8.20 – 8.30 pagi: Pendaftaran peserta / taklimat

8.30 – 9.30 pagi: Komunikasi Suami Isteri
·         Bentuk komunikasi suami isteri
·         Mawaddah dan Rahmah
·         Kepentingan berkomunikasi
·         Kawal kemarahan
·         Lakukan aktiviti bersama

9.30 – 10.30 pagi: Pengurusan Stress dan Konflik
·         Punca dan tanda-tanda tekanan
·         Pengurusan konflik
·         Bentuk Konflik

10.30 – 10.45 pagi: Rehat / Makan

10.45 pagi – 12.15 tengah hari: Pengurusan Kesihatan
·         Faktor yang mempengaruhi kesihatan
·         Piramid makanan
·         Perancangan keluarga
·         Persediaan Semasa dan Selepas Kehamilan
·         Pemeriksaaan Kesihatan Berkala
·         Kesihatan spiritual

12.15 tgh hari – 1.15 ptg: Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
·         Maksud rundingcara
·         Individu yang memerlukan khidmat rundingcara
·         Matlamat rundingcara
·         Kepentingan rundingcara
·         Tatacara mendapatkan perkhidmatan rundingcara
·         Tanggungjawab klien
·         Keganasan rumahtangga

1.15 – 2.00 petang: Makan / Solat Zohor berjemaah

2.00 – 2.15 petang: Taklimat Penyampaian Sijil

2.15 – 3.15 petang: Pembubaran perkahwinan
·         Perkara yang menyebabkan pembubaran perkahwinan
·         Hak dan kewajipan suami isteri setelah berlaku penceraian
·         Pembubaran perkahwinan dan prosedur penceraian

3.15 – 3.45 petang: Ujian Minda
·         Ada 30 soalan objektif.
·         Tumpukan perhatian semasa dengar ceramah sebab soalan2 untuk ujian ni sepenuhnya berkaitan dengan kursus tersebut.

3.45 – 4.00 petang: Semakan Ujian Minda oleh penganjur

4.00 – 4.15 petang: Majlis penyampaian sijil dan penutup




Dan disertakan dengan sedikit gambar..hehe :)

receipt yg akan dapat masa daftar

disertakan dengan bukti penyertaan ni..SIMPAN tau!

Sijil Kursus PraPerkahwinan kami...hehe :)
 Thanks for reading.. :) bye!

Wednesday, June 5, 2013

Mulakan Dengan BISMILLAH..

Hi! Assalamualaikum.. saya ni nak kata baru dgn blog, tak la jugak..dah ada blog sebelum ni, tapi dah kena blocked (haa..jenuh nk sebut, kjap "blog" kjap "blocked" :p ), tinggal lama sangat..haha..padan muka..! Anyways, this is just a simple blog to show the 'updating me' ..haha..tak tau la faham ke tak..

OK, let's continue with the title..which is BISMILLAH or BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM... dalam bahasa inggerisnye means "In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful "

 Setiap permulaan kita mesti dimulakan dengan Bismillah..baru la berkat aktiviti yang dilakukan tu..kan?kan?  Kalau dah ada anak, in shaa Allah saya akan tekankan kepentingan Bismillah ni dekat dia..(dah berangan dah..:p) Bukan susah pun nak ajar......kot? ntah ler, tak rasa lagi, mana tau.huhu. 

Ok, enough! dari tadi dok merepek panjang lebar. Bila nak mula ni...Ok! Ok! Nak start dah.. 1...2....3...!   

Haa..mai sini makcik nak share sikit.. (mentang2 org Penang, dah keluaq dah loghat dia..) tentang Kelebihan Membaca Kalimah Basmallah or Bismillah.. kat korang semua.. Memang la ramai yang dah tau.. tapi apa salahnya kalau kita imbas kembali or refresh balik, kot2 tak ingat...


  1. ‘Bismillahirrahmanirrahim’ mengandungi Asma Allah yang Maha Agung, sesiapa yang mengamalkannya akan memperolehi keberkatan yang besar. 
  2. Setiap huruf diberi 4000 kebajikan, dihapuskan 4000 kejahatan dan diangkat 4000 darjat.
  3. Mengamalkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ 201 kali selepas solat lima waktu. In shaa Allah, dikurniakan ganjaran yang besar dan dimakbulkan segala permintaan. 
  4. Sesiapa membaca sebanyak 20 kali selepas solat Tahajjud, In shaa Allah dilapangkan rezeki, keadaannya lebih baik dan rohnya bercahaya .
  5. Dibaca sebanyak 41 kali diantara solat sunat, Insya Allah penyakit cepat sembuh, permintaan diperkenankan, dikasihi makhluk dan ditakuti musuh.
  6. Membaca 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahad dengan menghadap kiblat sewaktu matahari terbit, Insya Allah akan mendapat rezeki tidak terduga.
  7. Dibaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, Insya Allah terpelihara daripada godaan syaitan, bencana manusia dan jin, kecurian, kebakaran dan kematian mengejut.
  8. Baca 41 kali ke telinga orang yang pengsan, Insya Allah boleh segera memulihkannya.
  9.  Dibaca ketika hendak berjimak, Insya Allah akan melahirkan anak yang cerdas, terang hati, soleh dan memperoleh baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
  10. Dibaca 50 kaIi terhadap orang zalim, Insya Allah akan menunduk atau menakutkannya serta akan membangkitkan keberanian dan kehebatan kepada pembaca Bismillah.
Wallahualam.. credited to http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/17/fadhilat-membaca-kalimah-basmallah-bismillah/


Dengan itu, saya pun nak memulakan blog ini dengan Bismillahirrahmanirrahim... semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukannya.Aminn.. :)

Have a nice day! Thanks y'all.. :p