Dah2..lets proceed to the main point..yang kat bawah ni semua adalah borang penting yang korang kena submit nanti. JANGAN ada yang tak isi or tertinggal plak. Orang kat pejabat tu tegas sikit kalau bab nak hantar borang2 tu semua. Be careful k guys? :)
PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)
- Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-
- Salinan kad pengenalan pemohon, bakal isteri atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
- Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
- Borang Ujian Saringan HIV.
- Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon duda).
- Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon baru memeluk Islam).
- Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
- Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
- Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
- Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
- Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
- Kebenaran Berkahwin Lelaki.
- Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
- Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
- Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.
PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)
- Dapatkan Borang 2 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Perempuan) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
- Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :
- Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
- Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
- Borang Ujian Saringan HIV.
- Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
- Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
- Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
- Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
- Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
- Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
- Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
- Kebenaran Berkahwin Lelaki.
- Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
- Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
-
p/s : Moral of the story, jangan la lupa benda2 penting and simpan betul2, kalau boleh tanya macam2 kat kaunter tu sampai diorang pening kepala..haha. Revenge! :p
Kepada bakal pengantin yang dah settle semua masalah2 ni.. boleh la kahwin!! yeay! (over plak aku ni...huhu )
Thanks for reading! :) Next entry will be about Surat Perakuan Nikah dan Kad Perakuan Nikah..
No comments:
Post a Comment