Dah2..dari dulu sampai sekarang tak berubah, dok merepek ja banyak..dah la kejap guna panggilan saya, kejap aku..pelik betul kan? hahaha..yela, mula2 kena sopan sikit, dah lama tu rasa formal+poyo la pulak..kuikuikui. Okay2, nak mula dah ni..hmm. Entry kali ni nak cerita sikit la pasal Gambar2 Pre-Wedding , perlu ke nak ambik gambar2 macam tu..
Bagi aku, ikut korang la nak ke tak nak. Yang penting jangan OVER sangat, sampai nak pegang tangan, berpeluk, bercium-cium bagai..tak kahwin lagi berangan nak kiss pulak, tunggu lepas kahwin la.. Halal dan dapat pahala lagi..kan best macam tu. huhu
Dari sumber yang aku baca, ada yang kata Gambar Pre-wedding ni tak elok or tak bagus. Salah satu sebabnya membazir duit. Lagi satu, bila dah peluk, pegang tangan, mesti la bertentangan dengan syariat Islam kan..? contohnya macam dekat Indonesia diorang tak dibenarkan ambik gambar pra-perkahwinan ni..TAPI kalau niat kita baik, InsyaAllah dipermudahkan..jangan la ambik gambar2 yang teruk macam orang tak da agama, yang tak bertentangan dengan syariat Islam..ewahh..macam nak bagi ceramah pulak, padahal diri sendiri pun tak betul lagi. hehehe..just giving opinion..kalau salah, tolong ajarkan :)
Tips Untuk Photoshoot Pre-Wedding :-
1. Jangan membazir duit..Boleh buat sendiri, tak payah nak guna OP ataupun Official Photographer.
2. Baju pun jangan nak over sangat, pilih yang sederhana dan sedap mata memandang. Yang penting, SOPAN and TUTUP AURAT.
3. Kalau nak guna camera biasa pun boleh, macam aku and pasangan. Tak guna DSLR pun..tapi ikut korang la, jangan sampai nak tangkap gambar punya pasal sanggup beli DSLR. Habis budget korang untuk kahwin nanti.
4. Pilih tempat sesuai dengan tema yang dikehendaki. Contoh: taman rekreasi, sekolah lama, tepi jalan, tepi pantai and banyak lagi.
5. Suruh la kawan2 ke, adik-beradik ke untuk tangkap gambar. Kalau boleh tangkap gambar sendiri lagi bagus, macam aku and En.Husband..hehe
6. Kalau photoshoot sendiri, sediakan tripod camera tu, payung, dan senyuman yang manis..wah! gitu kan..:p
7. Pilih konsep photoshoot yang korang nak. Contoh: zaman budak sekolah, gaduh2 manja, konsep greenery, konsep yang ada belon2 bagai..:)
Okay, kat bawah ni gambar Pre-Wedding aku and En.Husband..(just bagi idea..)
Ni semua hanyalah suggestions untuk korang photoshoot nanti..ikut korang la nak yang macam mana..gambar kat bawah ni pulak, konsep2 yang lain daripada lain sikit..search kat Google je..
Tekan gambar ni leh tgk lagi banyak kat blog Irine Nadia Marcello |
Okay, itu saja la setakat ni..harap2 dapat membantu bagi sesiapa yang nak cari idea photoshoot Pre-Wedding ni.. :) Thanks for reading..comment2 or tegur la seandainya ada buat salah pe2 ek..hehe
Assalamualaikum..