Tuesday, November 26, 2013

Majlis Resepsi...~ NurQiM~


Assalamualaikum readers! Sihat semua? Alhamdulillah..kita masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini..dan jgk untuk update blog ni..hehe. Untuk korang jugak..walaupun tak seberapa sangat la info yang di beri untuk korang semua ni kan..:p  Yang penting hari ni aku nak tunjuk sikit la tentang majlis perkahwinan aku..dah tak de idea dah nak buat entry pasal apa..so, inilah yang dijadikan bahan untuk update entry baru ni..bagi yang dah kenal aku, of course la dah tgk dekat FB kan..? tapi tak pe la, mungkin ada yang tak kenal lagi, so aku tunjuk je la serba sikit kat blog ni..

Majlis resepsi ni diadakan seminggu lepas akad nikah iaitu 18 Mei 2013, hari Sabtu dan bertempatkan di Dewan Balai Rakyat Jalan Patani, Georgetown, Pulau Pinang. Majlis bermula pada pukul 12:00 tengahari sampai pukul 5:00 petang..(orang Penang memang suka buat kenduri dari tghri sampai ke petang..aku pun tak tau pasal pa..huhu) . 

Okay, enough with the formal introduction..lets begin the story, and of course, with the pictures..hehe. Ha..selain itu boleh jugak la nak perkenalkan my whole family in this entry..okay, ready, set, go! :p

Yang kat bawah ni pelamin dengan tempat makan beradab untuk pengantin.. semua ni hasil daripada Butik Jalinan Kasih, Pulau Pinang. Tema yang di pilih adalah warna biru, my favourite color..hehe
 

Next,  pasal catering pulak..masa aku makan apa yang ada kat meja beradab tu, ya Allah, makanan tu.........sedap gila! tapi apakan daya,pengantin tak boleh makan banyak2.. kena control sikit..huhu. Si husband tak pe la, sampai licin pinggan dia..tak ingat apa dah, lapar sangat.hehe. And thanks for my father-in-law, dia yang uruskan pasal catering ni..alhamdulillah dapat makanan yang sedap.. :) Yang kat bawah tu pulak, kalau ada yang tak nak makan nasi, boleh pilih nak makan bihun sup..senang


Haa..ni pulak doorgift yang disediakan untuk tetamu yang datang ke majlis kami..bertungkus lumus keluarga aku susun atur benda2 untuk doorgift ni..bukan senang tau.  Kalau tak cukup, kena tambah pulak. Macam2 la yang tak kena masa nak arrange doorgift ni..Apa pun yang penting semuanya dah siap..hmmm. Lupa pulak nak cerita.  Sebenarnya majlis ni kitorang buat sekali..yela, senang sikit. Save budget, rumah aku dengan husband tak jauh mana pun..dalam Penang jugak. So, majlis ni dibuat sekali untuk kedua-dua belah pihak..


Terima kasih la pada sesape yang bagi hadiah kat kami..memang appreciate sangat2! semua benda tu memang diperlukan untuk rumah kami..yela, baru pindah..hehe. Sampai sekarang ada lagi hadiah yang tak digunakan dan tak tau nak letak mana, dah penuh dah..tu la banyak sangat. Anyway thanks ek! :)  

Okay, next ketibaan pengantin masuk ke dalam dewan..diiringi pengapit iaitu kakak aku sendiri, 2nd sister, dan kawan kepada husband aku. Yang bawak bunga manggar tu pulak adik ipar and kawan dia. Gambar ketiga kebawah, left side, flower girl(adik ipar yang bongsu) and flower boy(anak saudara)..



Lepas tu, apalagi..bersanding la.hehe. Baju aku yang pilih, warna biru royal.. suami terima je apa2 pun pilihan aku, asalkan semuanya berjalan dengan lancar.



Makan beradab..


Our Mothers..dari kiri, mak aku: Shar'in Johari, mak mertua: Norlaila Mian.. comel tak? comel tak? hehe


My family..dari kiri(atas): 3rd sister,her husband, 1st sister and Mak.. yang kat bawah tu 2nd sister with my cutest niece, Nur Khalish Fathiah.


My new family...husband's family. Father-in-law, mother-in-law dan tiga adik ipar..


Saudara mara yang hadir...dari kedua-dua belah pihak.


And last but not least, my friends and husband's. Thanks a lot for coming :)


That's all from now...thanks for reading this entry and support my blog..just nak kongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada..harap2 dapat membantu bagi yang memerlukan idea or pendapat..yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari kesilapan diri sendiri..Assalamualaikum :)

Friday, November 15, 2013

Senarai Lagu-lagu Untuk Majlis Resepsi


Assalamualaikum readers! Waaah..lamanya dah tinggalkan blog ni..berhabuk dah. Uhuk..Uhuk! haa..sampai terbatuk gitu. hahaha.. Busy sangat la katakan..padahal tak buat apa pun..kerja pun tak :p  Okay2, sebenarnya entry kali ni nak inform je la bagi yang memerlukan..tak sempat nak buat entry panjang2..yela, kang suami kata asyik dok layan internet je sampai tak terlayan  si suami ni hah..! huhu..

Seperti yang tersedia maklum, tajuk entry ni adalah Senarai Lagu-lagu Untuk Majlis Resepsi, ini hanyalah cadangan yang diberikan untuk kenduri kahwin korang nanti, tak nak ikut pun tak pe..hehe..boleh cari sendiri mengikut kesukaan masing2.

SENARAI LAGU :-

  1. Just the Way You Are - Bruno Mars
  2. Love Story - Taylor Swift
  3. A Thousand Years - Christina Perri 
  4. Today Was A Fairytale - Taylor Swift
  5. Terima Kasih Cinta - Afgan
  6. Aku Suka Dia - Ainan Tasneem
  7. Lagu Kita - Aizat
  8. Kau dan Aku - Akim & Mila
  9. Sempurna - Andra and The Backbone
  10. Keabadian Cinta - Anuar Zain
  11. Aku dan Dirimu - Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari
  12. Belaian Jiwa - Innuendo
  13. Bila Rindu - Ruffedge
  14. Bunga Rampai - Zaleha Hamid
  15. Direnjis-renjis - R.Ismail
  16. Doa Dalam Lagu - Heliza dan Mawi
  17. Dua Insan - Ezad dan Eva
  18. Cinta Antara Kita - Duta ft. Baizura Kahar
  19.  Ombak Rindu - Hafiz & Adira
  20. Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza
  21. Hanya Satu - Nora
  22. Seribu Tahun - Imran Ajmain
  23. Kau Ilhamku - Manbai
  24. Cinta Bersatu - Liyana Jasmay
  25. Always Be There - Maher Zain
  26. Barakallah Humma - Maher Zain
  27. For the Rest of My Life - Maher Zain
  28. Butterfly - Melly Goeslow & Andhika Pratama
  29. Nur Kasih - In Team
  30. Pengantin Baru - Rabbani
  31. Penghujung Cintaku - Pasha & Adelia
  32. Sandarkan Pada Kenangan - Siti Sarah & Jamal Abdillah
  33. Selalu Milikmu - Randy Pangalila & Marsha
  34. Selamat Pengantin Baru - Wann
  35. Semua Untukmu - Anuar Zain
  36. Jalan Cinta - Sherina
  37. Sirih Pinang - Siti Nurhaliza
  38. Tercipta Untukku - Ungu
  39. Ku Pinang Kau dengan Bismillah - Ungu ft. Rossa
  40. Jalinan - UNIC
  41. Ayu - VE

Okay, dah selesai. Penat menaip..adoyai. It's time to sleep..hehe..yang tu sahaja yang nak di 'share' kan..ini semua hanyalah cadangan sahaja, tak nak terima pun tak pa..ok lah, good nite then! Till we meet on the next entry..kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan.  Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datang dari diri sendiri.. Assalamualaikum :)


Wednesday, October 9, 2013

Tips Sebelum, Semasa dan Selepas Akad Nikah


 Assalamualaikum and hye to all readers!  Dah lama tak jumpa kan? Tu la..busy sikit. Biasa la baru nak ambik lesen kereta la kata kan..study macam nak final exam pulak..hehe. Lagi satu sebab, tak de idea nak buat entry baru pasal apa..sebab tu lama tak update. Setelah berkurun lama, baru la dapat idea ;-)  Setelah research dibuat..wah! "research" la sangat. Kemain kau! haha..ok2, hari ni nak cerita serba sedikit pasal apa yang akan berlaku bila nak akad nikah nanti.  

Bagi aku penting la, dah nama pun 1st time nak kahwin..mana la nak tau apa yang akan jadi..lain orang lain ceritanya..nak harapkan kakak aku cerita, baik tak payah. So, den pun cari la kat internet ni  TIPS-TIPS SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS AKAD NIKAH..  Banyak la jugak yang aku dapat..salah satunya kat blog Cik Puan Fia ni..


Sebelum Akad Nikah :-

1.  Jangan lupa bawak IC / Kad Pengenalan 

Yang ni memang penting sangat2..yela, kalau korang tak bawak, kang tok kadi tu ingat warga asing pulak..hehe..gurau je.  Tok kadi memang akan mintak IC korang and pasangan, just nak check dekat kertas permohonan tu, betul atau salah ke orang yang nak dinikahkan. Kalau boleh, suruh mak ayah/ pengapit / orang yang duduk sebelah korang pegang IC supaya tak kelam kabut masa tok kadi mintak nanti.

2.  Duit Upah Kadi

Sebagai peringatan kepada pengantin lelaki, jangan lupa sediakan duit upah untuk tok kadi dan saksi sebelum majlis pernikahan berlangsung. Kalau kat Pulau Pinang, tak salah aku RM120..

3.  Pastikan pengapit / bestfriend duduk sebelah korang

Haa..yang ni supaya nak kurangkan rasa cemas and nervous kita. At least, ada orang nak teman berbual or kita boleh luahkan apa yang kita rasa..selain tu, diorang ni jugak dapat membantu korang menyelesaikan perkara-perkara remeh seperti mengelapkan peluh, mengemaskan veil / kain yang panjang berjela semasa nak duduk dan bangun.



4.  Smile Always!

Walaupun dah tak larat nak senyum, kalau boleh senyum je sampai senget2 bibir tu..haaa.. punya nak nampak manis pada pandangan mata orang la kan..sanggup tau even dah lenguh nak senyum..  Yela, kalau muka masam je nanti orang ingat pengantin ni ada masalah pulak.. kot2 sembelit ke? hahaha..masa time aku dulu, rasa senak jugak perut ni. Boleh pulak buat hal masa tu, ye la. Nervous giler kot..tapi nasib baik ok je lepas tu..ala..macam omputih cakap "butterfly in stomach" ? hihi..tak tau la betul ke tak tu.. :p

Selain itu, kalau duduk dalam keadaan bersimpuh bagi pengantin perempuan, betulkan sedikit kedudukkan supaya tak berlaku kekejangan. Begitu juga dengan pengantin lelaki. Pastikan korang duduk bersila dengan selesa dan menghadap tok kadi ataupun jurunikah.




Semasa Akad Nikah :- 

1.  Khutbah Nikah

Khutbah nikah ni terpulang kepada juru nikah atau tok kadi yang menikahkan korang nanti.  Ada yang dibuat sebelum atau selepas akad nikah. Semasa khutbah nikah dibacakan bakal pengantin akan duduk berdekatan dan disaksikan para saksi dan juga ahli keluarga yang hadir. Tujuan khutbah ni dibaca supaya kedua-dua bakal pengantin faham tentang erti kehidupan berumahtangga dan sudah menjadi salah satu syarat semasa majlis akad nikah berlangsung.

2.  Pengantin Lelaki Lafaz Akad Nikah

Selepas khutbah, pengantin lelaki akan bersedia untuk lafaz akad nikah.  Keypoint kat sini, pengantin lelaki jangan nervous sangat, kalau tak nanti tersilap sebut pulak..hehe. Baca bismillah banyak2 dan tarik nafas panjang..dengan sekali lafaz, SAH! :)  Alhamdulillah, masa aku dulu Encik Husband datang awal..sama la macam aku, datang awal jugak.  Then, nak menghilangkan rasa nervous dia, terus ambil wudhuk dan buat sembahyang sunat. Lepas tu, dia baca surah Yaa'sin, berkali2..dengan rasa syukur kehadrat Ilahi, semuanya berjalan dengan lancar.


 
3.  Bacaan Taa'lik

Ramai pasangan akan rasa gentar/gerun apabila tok kadi meminta mereka membaca taa'lik. Sama la macam aku..tak kena baca, tapi Encik Husband yang baca taa'lik tu. Tapi, alahai..masa tu memang sayu sangat2. Then, airmata yang di tahan2, keluar jugak.  Yang penting korang jangan la terlalu cemas kerana bacaan taklik hanyalah lafaz yang berbentuk ikrar antara pasangan suami isteri. Aku je terlebih emosi masa tu.. :)

Selepas Akad Nikah :- 

1.  Penyerahan Mas Kahwin dan Wang Hantaran

Keadaan semasa menyerahkan mas kahwin dan juga wang hantaran kadang2 mengikut adat dan lokasi pernikahan berlangsung. Contohnya ada negeri-negeri yang mahukan mempelai lelaki mengucapkan kata-kata seperti, “aku serahkan wang mas kahwin untuk isteriku dengan hati yang ikhlas dan aku halalkan wang hantaran yang aku hadiahkan kepadamu.” Ada juga tempat ataupun negeri yang tidak memerlukan lafaz seperti itu. Contohnya macam aku dulu.. Tak cakap pe pun..Encik Husband just bagi and sengih! hehe..nak tangkap gambar..

2.  Pembatalan Air Sembahyang

Dalam upacara ni, pasangan pengantin biasanya akan memilih cincin..kadang2 ada jugak yang memilih rantai atau gelang sebagai simbolik acara pembatalan air sembahyang. Ia bertujuan membuktikan pasangan telah pun diijab kabul dan telah bergelar pasangan suami isteri yang sah.

3.  Bersalaman dan Mencium Tangan Suami

Saat-saat ni memang dinanti-nantikan, terutamanya yang nak tangkap gambar..  Lebih afdal saat ini korang memegang erat tangan insan yang telah pun begelar suami dan tunduk bersalaman dengannya sekali gus mencium tangannya dengan penuh kasih dan sayang.  Kalau nak lagi romantik, si suami ucapkanlah kata2 manis seperti "terima kasih sudi menjadi isteri abang.." haa..meremang bulu roma masa tu. kuikui..

4.  Cium Dahi Isteri

Selalunya kaum keluarga dan jurufoto yang meminta korang mengucup dahi isteri selepas si isteri tunduk bersalaman dengan si suami. Tetapi jangan lupa bahawa ia merupakan sunnah Rasullullah iaitu mengucup dahi isteri dengan penuh rasa cinta agar kehidupan berumahtangga akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. Kucupan ini tidak semestinya dilakukan di hadapan khalayak.  Ikut korang la nak ikut adat ni ke tak..  masa aku dulu, tak buat pun macam ni..masa aku tunduk salam tangan dia, Encik Husband just letak tangan atas kepala aku and baca doa.. ala-ala Ustaz Don gitu..hehe..sunnah Rasullullah jugak.


 



5.  Bersalaman dengan Ahli Keluarga

Walaupun dalam hati berbunga-bunga riang dan gembira setelah diijab kabul, jangan pula di lupakan kaum keluarga kedua-dua belah pihak. Terpulang kepada pengantin nak bersalaman dengan keluarga pihak lelaki atau pihak perempuan terlebih dahulu. Tetapi pastikan mulakan dengan wali, ibu bapa sebelah perempuan atau ibu bapa sebelah lelaki. Tidak kira berapa jauh tempat duduk korang dengan ibu bapa, mesti bersalaman dengan mereka terlebih dahulu. 

6.  Solat Sunat Nikah

Seelok-eloknya selepas selesainya akad nikah dilangsungkan, tunaikan solat sunat sebagai tanda syukur kepada Allah kerana majlis ijab kabul berlangsung dengan lancar.  Masa aku dulu, lepas je Encik Suami lafaz akad dan disahkan oleh tok kadi dan saksi, terus dia buat solat sunat nikah sebelum nak membatalkan air sembahyang.


Itu je lah yang boleh dikongsikan setakat ni..harap2 entry ni dapat membantu bagi yang memerlukan..semoga majlis korang nanti berjalan dengan lancar..amiin.. Semua yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari diri aku sendiri..mintak maaf la ek kalau info yang aku bagi ni mendatangkan konflik kepada sesiapa yang membacanya.. Have a good day! :)




    

 

 


Thursday, September 26, 2013

Pre-Wedding....Perlu ke Tak?

Assalamualaikum...and hye to all readers! Harap2 sihat walafiat je..yela, dah baca blog ni mesti la tengah sihat kan? kalau tengah sakit, mana la nak bukak internet ni..ke ada jugak?? hehehe..:p  Sebenarnya tak de idea sangat nak buat entry baru ni tapi buat je la...kena update selalu la, nanti orang tak nak baca. Dok nampak entry lama je, bosan kot! Haa..dah kenape dengan font merah semua..ni la namanya grab attention. Ye ke? Ntah2 sapa pun tak tertarik nak tengok..huhu. Kena buat font warna-warni pulak la lepas ni..(jenuh la :p)

Dah2..dari dulu sampai sekarang tak berubah, dok merepek ja banyak..dah la kejap guna panggilan saya, kejap aku..pelik betul kan? hahaha..yela, mula2 kena sopan sikit, dah lama tu rasa formal+poyo la pulak..kuikuikui. Okay2, nak mula dah ni..hmm. Entry kali ni nak cerita sikit la pasal Gambar2 Pre-Wedding , perlu ke nak ambik gambar2 macam tu..
Bagi aku, ikut korang la nak ke tak nak.  Yang penting jangan OVER sangat, sampai nak pegang tangan, berpeluk,  bercium-cium bagai..tak kahwin lagi berangan nak kiss pulak, tunggu lepas kahwin la.. Halal dan dapat pahala lagi..kan best macam tu. huhu

Dari sumber yang aku baca, ada yang kata Gambar Pre-wedding ni tak elok or tak bagus. Salah satu sebabnya membazir duit. Lagi satu, bila dah peluk, pegang tangan, mesti la bertentangan dengan syariat Islam kan..? contohnya macam dekat Indonesia diorang tak dibenarkan ambik gambar pra-perkahwinan ni..TAPI kalau niat kita baik, InsyaAllah dipermudahkan..jangan la ambik gambar2 yang teruk macam orang tak da agama, yang tak bertentangan dengan syariat Islam..ewahh..macam nak bagi ceramah pulak, padahal diri sendiri pun tak betul lagi. hehehe..just giving opinion..kalau salah, tolong ajarkan :)

Tips Untuk Photoshoot Pre-Wedding :-  

1. Jangan membazir duit..Boleh buat sendiri, tak payah nak guna OP ataupun Official Photographer.
2. Baju pun jangan nak over sangat, pilih yang sederhana dan sedap mata memandang. Yang penting, SOPAN and TUTUP AURAT.
3. Kalau nak guna camera biasa pun boleh, macam aku and pasangan. Tak guna DSLR pun..tapi ikut korang la, jangan sampai nak tangkap gambar punya pasal sanggup beli DSLR. Habis budget korang untuk kahwin nanti.
4. Pilih tempat sesuai dengan tema yang dikehendaki. Contoh: taman rekreasi, sekolah lama, tepi jalan, tepi pantai and banyak lagi.
5. Suruh la kawan2 ke, adik-beradik ke untuk tangkap gambar. Kalau boleh tangkap gambar sendiri lagi bagus, macam aku and En.Husband..hehe
6. Kalau photoshoot sendiri, sediakan tripod camera tu, payung, dan senyuman yang manis..wah! gitu kan..:p
7.  Pilih konsep photoshoot yang korang nak. Contoh: zaman budak sekolah, gaduh2 manja, konsep greenery, konsep yang ada belon2 bagai..:)

Okay, kat bawah ni gambar Pre-Wedding aku and En.Husband..(just bagi idea..)

 










Ni semua hanyalah suggestions untuk korang photoshoot nanti..ikut korang la nak yang macam mana..gambar kat bawah ni pulak, konsep2 yang lain daripada lain sikit..search kat Google je.. 
 

Tekan gambar ni leh tgk lagi banyak kat blog Irine Nadia Marcello





 

 



Okay, itu saja la setakat ni..harap2 dapat membantu bagi sesiapa yang nak cari idea photoshoot Pre-Wedding ni.. :) Thanks for reading..comment2 or tegur la seandainya ada buat salah pe2 ek..hehe
Assalamualaikum..

Monday, September 23, 2013

Surat Akuan Nikah dan Kad Perakuan Nikah

Assalamualaikum and hye readers! Nice to meet you again.. Macam biasa la, apa lagi yang nak di buat..? Of course la update entry baru, leh tanya pulak.. :p  Tajuk kali ni pasal Surat dan Kad Perakuan Nikah yang penting, terutamanya selepas dah kahwin.. Ni la bukti yang korang dah kahwin secara sah, and kalau tak ada benda ni, haa.. Alamatnya kena "tangkap" la kalau pegi mana2 berdua-duaan dengan si suami..tak de bukti yang kukuh. Sapa suruh tak bawak?? Padan muka..huhu. Ter'over', sorry. Tak boleh la setakat nak tunjuk cincin je, tak cukup bukti tu.. tambah2 dengan muka still macam budak sekolah, contohnya macam aku and suami..haha..mana mahunya orang percaya..kan?kan? :) sebab tu la kena ada KAD NIKAH, kalau tak ada kena tunjuk SURAT AKUAN NIKAH, tak kan nak bawak sijil kot.. jenuh la macam tu.  Itu la gunanya kita buat kad nikah tu, bukan macam kakak aku.. tak nak buat.hahaha

Masa aku akad nikah dulu, lepas selesai je akad nikah, tok kadi akan bagi sehelai kertas yang menunjukkan bukti kita dah kahwin..macam kertas biasa ja. Masa tu aku ingat diorang tak bagi sijil, rupa-rupanya kena tunggu lagi sebulan, ambik sijil dekat Pejabat Agama Daerah Pulau Pinang.  Dekat kertas tu ada nama aku and pasangan, tarikh nikah, pukul brapa nikah, dekat mana.. macam2 la..belakang kertas tu pulak ada taklik yang dibaca suami masa akad nikah. Yang tu je..simpan elok2 la surat tu, jangan bagi hilang! Nanti nak buat kad nikah, surat tu kena ada..

 
contoh sijil nikah kami (bahagian depan)


 
bahagian belakang sijil




Lepas dah ambik sijil, korang boleh pegi ke Jabatan Agama Islam Pulau Pinang ataupun JAIPP, mintak borang untuk apply Kad Akuan Nikah..

Bagi pemohon Kad Akuan Nikah, hendaklah menyediakan :-

1)Gambar berukuran kad pengenalan sebanyak 1 keping setiap seorang. (perempuan mesti bertudung)

2)Surat Perakuan Nikah ( asal dan 1 salinan ).
Bagi pemohon yang tinggal / bekerja di luar negeri Pulau Pinang maka salinan tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui pos dan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang permohonan.

3)Membuat bayaran sebanyak RM25.00 sekeping bagi setiap Kad Akuan Nikah. Kalau nak buat 2 keping pun boleh jugak 
 
 
Okay, lepas dah apply, diorang akan bagi resit pembayaran. Simpan tau, nak ambik kad tu kena tunjuk resit.

resit ni simpan tau..










Tunggu lagi seminggu (kena call dulu sebelum datang, takut2 tak siap lagi). Selain tu, kalau ada yang tinggal or kerja luar dari Penang, boleh mintak diorang pos dengan syarat pemohon kena sediakan sampul surat pos eskpress masa isi borang permohonan

Inilah hasilnya lepas dah seminggu tunggu..comel x? hehehe



 


 
Dah habis dah..yeay! Penat..hehe. Anyway, thanks for reading and please comment ek kalau ada apa2 nak tanya..k? Bye! Assalamualaikum w.b.t. :)

Saturday, September 14, 2013

Dokumen2 Penting yang Perlu di Hantar

Assalamualaikum and hai semua..! Entry kali ni penting sangat2 bagi diorang yang nak hantar dokumen2 ke Pejabat Agama Daerah masing-masing di Pulau Pinang.  Banyak kan borang yang nak kena isi??  Kadang-kadang pening jugak nak selesaikan semua tu, dengan time yang limited, nak buat tu, nak buat ni..  Yang penting, pastikan dokumen2 tu selamat dalam fail..tak nak yang renyuk2 tau.  Nanti di reject plak, tak jadi kahwin.......oppss! tak mau cakap macam tu, tak baik-tak baik.. :p haha..gurau ja.

Dah2..lets proceed to the main point..yang kat bawah ni semua adalah borang penting yang korang kena submit nanti.  JANGAN ada yang tak isi or tertinggal plak.  Orang kat pejabat tu tegas sikit kalau bab nak hantar borang2 tu semua. Be careful k guys? :)


PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)
  1. Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-
  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal isteri atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon duda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon baru memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan.
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.
 
PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)
  1. Dapatkan Borang 2 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Perempuan) dengan harga RM1.00 di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. 
  2. Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :
  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon janda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya mahu mewakilkan akad nikah)
  • Salinan Sijil Kematian (jika suami atau bapa meninggal dunia).
  • Surat Pengesahan Pemastautinan Pemohon.
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki.
  1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
  2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan. 
  3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon.
 Sebenarnya sama ja antara lelaki dengan perempuan..tapi dokumen untuk lelaki sikit ja kena bawak kalau nak dibandingkan dengan perempuan.  Lagi pening kepala bila ada masalah tak lengkap dengan dokumen2 tersebut.  Contohnya macam aku dulu, ada masalah dengan Sijil Kematian Bapa.. nak dijadikan cerita, masa pergi mintak borang, kakak yang duduk kat kaunter tu kata and siap tulis lagi dekat kertas "Sijil Kematian Bapa - SALINAN".. Okay, lepas dah beberapa minggu tu, aku pun bawak la masa nak hantar borang2 tu semua, dengan semangatnya.  Last2, kena datang lain kali bawak Sijil Kematian Bapa yang ASAL dan SALINAN.  Whaaat???! Mula la gelabah and naik angin..call mak, then mak cakap tak de sijil tu.  Naik angin lagi, dah masam dah muka masa tu..geram gila.  Hari tu cakap lain, sekarang cakap lain pulak.  Mak call sekali lagi and cakap sijil tu ada kat dia, okay, dah lega sikit.  Tapi kena datang lain kali pulak, adoyai.. Menyusahkan betul!

p/s : Moral of the story, jangan la lupa benda2 penting and simpan betul2, kalau boleh tanya          macam2 kat kaunter tu sampai diorang pening kepala..haha. Revenge! :p

Kepada bakal pengantin yang dah settle semua masalah2 ni.. boleh la kahwin!! yeay! (over plak aku ni...huhu )



Thanks for reading! :)  Next entry will be about Surat Perakuan Nikah dan Kad Perakuan Nikah..






Monday, September 2, 2013

Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum and hi semua..! Tajuk kali ni penting jugak, semua dah settle kan? Kursus kahwin dah pegi, borang pun dah ambik, temuduga pun dah pegi kan? So, sekarang ni kena buat Ujian Saringan HIV pulak la.. no takut-takut! ahh..tak kira la, kena pegi jugak.. Aku ni pun penakut, tapi pegi jugak..kalau korang tak pegi, tak aci arr.. hahaha..dah melalut dah budak ni..ala, yang penakut memang akan takut. Padahal lepas dah rasa, tak ada apa pun..biasa ja..huhu..

Ujian HIV ni bukan la nak menghalang kita daripada berkahwin, tapi nak membantu kita dalam mengenalpasti risiko awal agar perancangan dapat dibuat oleh pasangan dalam melakukan hubungan kelamin dan mendapat anak.. Ujian HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan SAHAJA..selain tu, ada hari dan masa yang tertentu saja dibuka khas untuk buat Ujian HIV ni..so, kalau nak check Senarai Klinik-klinik Kerajaan di Pulau Pinang..boleh la klik dekat SINI

Okay! Korang decide la nak pegi klinik yang mana satu..nak dijadikan cerita masa aku pegi sebelum ni dekat Klinik Kesihatan Air Itam, hari apa tak ingat, tapi aku dengan En.Tunang pegi time2 petang kot..ntah la. hehe..

Ala, prosedur senang je..
  1. Mula-mula ambik nombor, kata nak buat Ujian HIV dekat kaunter tu.
  2. Then, dia bagi nombor and suruh isi borang..  
  3. Kita bagi borang yang dah diisi dekat MA(Medical Assistant) dalam bilik rawatan tu
  4. Tunggu turn di panggil masuk dalam bilik
  5. Lepas dah masuk, nurse akan ambik ukuran tinggi, berat and check blood pressure
  6. Then, baru la ambik darah dan tunggu nombor giliran nak masuk bilik doktor
  7. Doktor nanti tanya macam2, dapat result then HABIS.... :) 
  8. Dah boleh kepilkan sekali dengan borang2 nikah yang lain untuk di beri kepada Pejabat Agama Daerah masing2.

Image Detail
Lebih kurang macam ni la borang tu..
Macam tu je..senang kan? hehe...yang penting, result kami berdua NEGATIVE.. Alhamdulillah, dah boleh kahwin and dah kahwin dah pun.. :p

Thanks for reading and good luck kepada yang nak buat Ujian HIV ni.. :)

Monday, August 26, 2013

Soalan-soalan Temuduga Perkahwinan di Penang

Assalamualaikum semua.. sorry, dah lama sangat tak update.  Banyak sangat benda yang berlaku sampai tak sempat nak update blog ni.. tak pe la, lupakan yang lepas-lepas, mulakan yang baru.  Never give up, hidup mesti diteruskan.. fighting! hehe..ter"over" pulak..

Seperti yang dijanjikan, Soalan-soalan Temuduga Perkahwinan di negeri Pulau Pinang akan saya kemukakan sekarang..wah! ayat tak boleh blah..haha.  Time interview nanti, jangan gelabah sangat la macam saya dulu ni.. berpeluh-peluh tangan.  Padahal soalan-soalan tu okay je..bagi yang memang dah tau bab2 agama ni senang la, tak payah hafal2 sangat.  Tapi kalau yang rasa diri tu kurang keyakinan sikit pasal bab agama ni, better baca2 la apa yang patut ek..hehe. Ala..kalau tak boleh jawab pun, diorang luluskan je la..no need to worry :)

Okay, dah2.. banyak cakap sangat,tak de orang plak nak membaca blog ni..huhu.

SOALAN-SOALAN TEMUDUGA PERKAHWINAN 

# Mengucap dua kalimah Syahadah berserta maksud.

# Istighfar.

# Selawat.

# Senaraikan Rukun Islam 
  1. Mengucap dua kalimah Syahadah
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan
  4. Mengerjakan haji bagi yang mampu
  5. Mengeluarkan zakat
# Senaraikan Rukun Iman
  1. Percaya kepada Allah S.W.T.
  2. Percaya kepada para Malaikat
  3. Percaya kepada Kitab-kitab
  4. Percaya kepada Rasul
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar
# Membaca Al-Fatihah

# Sebab-sebab berhadas besar (yg ni sebut ringkas2 je) 
  1. Haid
  2. Nifas
  3. Wiladah
  4. Keluar air Mani
  5. Berjimak
  6. Mati
* 7 benda kat atas ni penting sebab selalu sangat di tanya, yg bawah2 ni ikut suka hati ustaz tu nak tanya yang mana.. *

# Larangan ketika berhadas besar
  1. Tak boleh solat, puasa dan haji
  2. Tak boleh masuk ke dalam masjid
  3. Tak boleh melakukan hubungan kelamin
  4. Membaca Al-Quran 

# Lafaz niat dan cara mandi hadas

# Jenis dan bahagian air
  1. Air Mutlak
  2. Air Mustakmal
  3. Air Musyammas
  4. Air Mutanajjis 

# Rukun wudhuk dan perkara membatalkan wudhuk
  1. Niat
  2. Membasuh muka
  3. Membasuh kedua belah tangan
  4. Menyapu/mengusap sebahagian kepala
  5. Membasuh kedua belah kaki
  6. Tertib 

# Solat dan rukun

#  Bahagian-bahagian najis
  1. Najis Mukhaffafah/ringan
  2. Najis Mutawassitah/sederhana 
  3. Najis Mughallazah/berat
# Cara-cara bersuci
  1. Istinjak
  2. Wudhuk
  3. Mandi
  4. Tayammum
  5. Samak
# Rukun Nikah
  1. Suami
  2.  Isteri
  3. Saksi
  4. Wali
  5. Akad    
# Tanggungjawab suami, isteri dan tanggungjawab bersama

# Tanggungjawab terhadap anak-anak

# Waktu-waktu haram bersetubuh

# Talaq

# Hak-hak selepas penceraian   


Dah habis...!! hehe..thanks for reading.  And good luck untuk sesiapa yang nak pegi temuduga tu. Bye and Assalamualaikum :)