Tuesday, May 5, 2015

Masalah Kembung Perut Bayi..


Assalamualaikum..untuk post kali ni saja nak share je. Sharing is caring okay! Anak aku pun kembung perut jugak tapi tak teruk sangat la..masih boleh dikawal lagi. Asalkan dia "burp" lepas menyusu, berak ok, kencing ok, berat badan pun bertambah.. so, takde masalah la untuk anak aku ni.. Tapi ada jugak bayi yang kembung perut sampai tahap serius! Sebab tu la nak share sikit ni, ambik dari blog orang lain je..malas nak type banyak2.. hehe.

Apa yang penting, untuk ibu2 di luar sana jangan la risau tak tentu hala sangat! Tanya doktor/tanya orang yang berpengalaman/buat research dulu sebelum nak buat kesimpulan yang memandai-mandai. Tak salah pun kalau nak tanya kat orang.. tak tahu buat cara tak tahu, jangan jadi bodoh sombong! Amboi, marah sangat ni..huhuhu. "Relax brader, brader relax....." :-p

Nak tahu banyak lagi info, boleh klik SINI

Soalan yang ditanya:
 
Q: Anak saya hampir 2 bulan kebanyakan kanak-kanak mengalami kembung, begitu juga anak saya. Soalan saya, apakah cara yang betul untuk menghilangkan kembung ?
Jika menggunakan kaedah urutan,dibahagian manakah harus dilakukan urutan itu??
Ada yang mengatakan mengetuk dengan sisi tangan di belakang bayi dapat menghalangkannya, tetapi kaedah ini seperti menyakitkan walaupun bayi saya tdak menangis. ( Ibu Hana )

JAWAPAN:
 
A: Salam sejahtera Ibu Hana,
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali mereka yang berumur kurang daripada 6 bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen ( abdominal cavity ) masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen ( usus, perut, hati, limpa,pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.

Adakah kembung perut normal ?
Biasanya kita mengaitkan kembung perut dengan masalah ‘colic’, iaitu keadaan di mana bayi akan menangis untuk beberapa jam tanpa henti, kelihatan sangat tidak selesa tanpa sebab yang spesifik, dan kemudian akan kembali normal selepas itu. Ini berlaku untuk beberapa kali dalam seminggu dan semakin bayi membesar, kejadian ini semakin kurang, dan bayi membesar dan menyusu dengan baik.  Sekiranya demikian, ibu-bapa tidak perlu gelisah mengenai masalah ini.

Sebab-sebab perut kembung:-
  1. Cara menyusu dengan botol yang tidak betul – terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai ( terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung. Bayi juga seharusnya disendawakan ( burp the baby ) selepas menyusu.
  2. Bayi menangis terlalu banyak, terlalu aktif kerana ‘overstimulation’ pada hari tertentu boleh menyebabkan kembung perut
  3. Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas 

Adakah urutan berkesan ?
Ini bergantung kepada sama ada bayi juga menangis dan kurang selesa semasa kembung perut. Urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut (gentle back and tummy rubs) dan teknik urutan seperti ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa

Masalah serius yang perlu dipertimbangkan
Namun, apabila berhadapan dengan bayi yang kembung perut, kita perlu memastikan ia bukan kerana disebabkan oleh masalah yang serius. Walaupun abdomen(perut) bayi adalah kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut. Sekiranya rasa sangat kembung dan keras, ini kemungkinan besar menunjukkan masalah usus.

Kembung perut seperti ini adalah tidak normal, menunjukkan kulit yang bersinar, dan urat-urat darah jelas kelihatan
(Kembung perut seperti ini adalah tidak normal, menunjukkan kulit yang bersinar, dan urat-urat darah jelas kelihatan)

Pemeriksaan doktor yang teliti adalah penting untuk mengesan masalah-masalah seperti:-
  1. Masalah usus tersumbat/terbelit ( intestinal obstruction ). Bayi juga muntah selalu, dan tidak buang air besar ataupun kentut untuk jangka masa yang lama
  2. Masalah usus besar yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana masalah saraf (Hirschprung’s disease) – bayi juga sembelit dalam masalah ini
  3. Alahan susu – sekiranya bayi adalah alahan kepada protein susu lembu ataupun laktosa (cow’s milk protein allergy / lactose intolerance), ia boleh menyebabkan kembung perut dan cirit-birit. Berat bayi juga tidak naik dan mengalami dehidrasi. Susu yang berdasarkan formula khas yang sesuai perlu dicari.
  4. Masalah organ lain seperti hati yang bengkak, limpa yang bengkak, masalah buah pinggang, dan saluran air kencing boleh menyebabkan abdomen kelihatan kembung.

Cara-cara lain yang membantu semasa ‘colic’
  1. Mendukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate)
  2. Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu  – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu
  3. Cara alternatif/tradisional – sapu minyak ‘essential oil’. Ada juga yang menggunakan ‘gripe water’ yang mengandungi sodium bikarbonat yang dipercayai boleh melegakan. Namun, ia masih dijual sebagai ubat tradisional yang tidak melalui kajian terperinci untuk membuktikan keberkesanannya. Ia tidak diiktiraf oleh FDA sebagai ubat khusus untuk ‘colic’.   
  4. Cuba tukar formula susu sekiranya syaki ada alahan susu 

Kesimpulan
  • Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan terdapat cara-cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar.
  • Namun, adalah sangat penting kita tidak terlewat mendapatkan perhatian doktor sekiranya masalah kembung perut adalah disebabkan oleh penyakit yang serius.
  • Tanda-tanda yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.

( answered by Dr Foo Chee Hoe )

CREDIT TO : http://www.doktorbudak.com/

Friday, April 24, 2015

Dunia Baru ~~


Assalamualaikum readers..ya Allah.. rasa macam dah lama sangat tinggal blog ni..dah bersawang dah..hahaha. Alhamdulillah, sihat walafiat ja sampai sekarang. Syukur kepada Allah SWT atas nikmat dan kurnia yang diberikan kepada aku dan keluarga.. Tapi tu la, rasa malas tu still ada..malas nak update blog! huhu.. Selain malas tu, ada sebab2 lain la..yela, dah mengandung 9 bulan, beranak pulak. Lepas tu, proses pantang pulak..nak jaga anak lagi. Adoyai, macam2 perasaan bercampur la.. Penat + sakit + tak cukup tidur + happy + tension... ntah la. Macam belacan dah! 

Tapi, apa2 pun happy tu lagi banyak la..Tengok anak je, semua hilang. Stress tu kejap ja hilang la.. Yang penting sokongan dari suami dan keluarga tersayang. InsyaAllah semuanya akan okay! 

Untuk entry ni tak de nak cerita apa pun. Saja ja nak type2 ni, tangan dah gatal nak menaip..hahaha. Sementara ada masa la. Kejap lagi anak bangun, semua hilang ntah kemana..huhu.

Ok dah la kot, tengok la next entry nanti nak update pasal apa pulak. Tu pun ikut mood and masa yang ada. Kalau tak de, bersawang lagi la blog ni..hihi. Haa! Blog dah bertukar wajah, perasan tak? Or tak perasan? Tak cantik ka? Hmm..tak pa la. Janji aku rasa cantik. Ok, till we meet again! Assalamualaikum wbt..